OUTREACH
DATA AWARENESS
PENERAJU BORNEO
(Data Strategist Incubator Phase 1)
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DATA
UNTUK KOMUNITI AKAR UMBI DI SABAH
YAYASAN PENERAJU
PENAJA PROGRAM
S C E N I C
RAKAN STRATEGIK
MCMC SABAH
RAKAN STRATEGIK
Pendedahan Data Digital
Program pendedahan kepada kemahiran pengurusan data secara menyeluruh untuk rakyat bumiputera Sabah
Realisasi
Pendigitalan
Merealisasikan inisiatif pendigitalan Kerajaan Negeri melalui peningkatan kapasiti kemahiran tenaga kerja semasa
Kelahiran
Pakar Lokal
Melahirkan Data Strategist bagi memenuhi keperluan Negeri dalam merangka polisi berpandukan data raya
PENGENALAN PROGRAM
Secara keseluruhan, untuk melahirkan Data Strategist, pihak penganjur telah merangka 4 fasa yang wajib dialui oleh pemohon dalam program ini.
Fasa 1 adalah untuk pendedahan terhadap keseluruhan program. Menyertai fasa ini adalah prasyarat untuk mengikuti Fasa ke-2 (Data Analyst), dan seterusnya, Fasa ke-3 (Data Scientist), dan Fasa ke-4 (Data Strategist).
Ujian yang anda wajib lulus di Fasa 2 dan Fasa 3 adalah mengikut silibus yang dirangka oleh Microsoft Data Analyst dan Data Scientist. Di Fasa 4, anda akan diberikan projek khas berkaitan polisi Negeri yang dikelola sepenuhnya oleh IDS (Sabah).
PROGRAM
FASA PERTAMA
Di Fasa 1 ini, kelas adalah secara hibrid dan akan dikendalikan di setiap Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berdekatan dengan kediaman anda diseluruh Sabah mengikut jadual yang ditetapkan oleh penganjur.
Bengkel selama tiga (3) hari yang menawarkan modul latihan komprehensif bagi mencungkil bakat Sabahan yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pengurusan data.
Peserta diberikan pendedahan tentang kaedah pengurusan data dan peluang pekerjaan dalam industri data sains dan analitik di Sabah.
Di akhir Fasa 1 ini, peserta yang berminat menjadi Penganalisis Data akan di jemput untuk menyertai Fasa 2 (Data Analytics certified by Microsoft).
Kos pengajian akan ditaja oleh pihak penganjur.
BILA DAN DIMANA?
FASA PERTAMA INI DIADAKAN
PEMOHON BOLEH MEMILIH SALAH SATU DARIPADA TARIKH BERIKUT MENGIKUT KAWASAN TEMPAT ANDA TINGGAL DAN KESESUAIAN TARIKH YANG DITAWARKAN:
Warganegara
Malaysia
Bumiputera Sabah.
Had Umur
Dikalangan
18 tahun hingga 50 tahun.
Kelayakan
Akademik
Diiktiraf kerajaan Malaysia dan/atau pensijilan dalam bidang berkaitan.
HARI PERTAMA
Pengenalan Kerjaya berasakan data, teknologi data, dan praktis penyimpanan data menggunakan Microsoft Excel 2019
HARI
KEDUA
Asas Microsoft Excel 2019:
HARI
KETIGA
Ujian Kefahaman dan Esei
SOALAN LAZIM
1. Bagaimanakah cara saya menyertai program Peneraju Borneo – Data Strategist Incubator Hub Fasa 1?
Anda boleh memohon untuk menyertai program Peneraju Borneo – Data Strategist Incubator Hub dengan menghantar permohonan melalui pautan di sini:
Link: Borang Pendaftaran
2. Adakah saya layak untuk program ini?
Ya jika anda memenuhi kriteria-kriteria di bawah:
a) Warganegara Malaysia dan Bumiputera Sabah;
b) Berumur antara 18 dan 50 tahun;
c) Kelayakan akademik yang diiktiraf Kerajaan Malaysia dan/atau pensijilan dalam bidang berkaitan.
3. Adakah saya perlu membayar sebarang yuran untuk menyertai program ini?
Tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Program ini adalah PERCUMA.
Walaubagaimanapun, peserta yang dipilih perlu memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang program berlangsung.
4. Berapa lamakah tempoh program ini akan berjalan?
Program ini akan berjalan selama 4 bulan bermula November 2023 sehingga Januari 2024.
5. Bagaimanakah cara sesi latihan akan dijalankan?
Sesi latihan akan dijalankan secara dalam talian di pusat-pusat PEDi (MCMC) yang telah dipilih oleh peserta ketika mengisi borang pendaftran.
6. Bagaimanakah saya akan mengetahui jika saya terpilih untuk menyertai program ini?
Pihak kami akan menghubungi peserta yang layak melalui emel sekiranya mereka berjaya dalam permohonan.
7. Adakah saya akan diberikan elaun sepanjang latihan ini?
Tidak ada sebarang elaun yang akan diberikan kepada peserta, tetapi peserta yang mengikuti latihan ini secara fizikal akan diberi makan secara percuma mengikut sesi pembelajaran mereka di PEDi yang telah dipilih oleh mereka ketika mengisi borang permohonan.
8. Apakah tindakan yang perlu saya ambil sekiranya terdapat kesilapan dalam permohonan yang telah dikemukakan?
Sekiranya terdapat kesilapan pada permohonan yang terdahulu, peserta boleh membuat semula pendaftaran permohonan.
9. Apakah kelebihan jika saya menyertai program Peneraju Borneo – Data Strategist Incubator Fasa 1?
Kelebihan setelah mengikuti program ini adalah:
(a) Modul penggunaan Microsoft Excel 2019 ditulis khas untuk mempelajari cara-cara penyimpanan data yang lebih teratur akan diberikan secara PERCUMA kepada semua peserta yang berjaya mengikuti program;
(b) Berpelung untuk mengikuti FASA 2 (Data Analytics certified by Microsoft), yang mana, segala kos persediaan dan yuran untuk menduduki perperiksaan Microsoft Data Fundamentals, Associate & Specialist akan ditaja oleh penganjur;
(c) Berpeluang untuk dihubungkan kepada rakan strategik IDS (Sabah) untuk menyertai program-program upskill/reskill terutamanya yang melibatkan peningkatan kemahiran Digital, Analitik dan Sains Data.
(d) Diberikan sijil penyertaan setelah selesai menjalani latihan program ini.
10. Adakah golongan bekerja boleh mengikuti latihan ini?
Ya boleh, program ini menyasarkan golongan bekerja terutamanya dalam bidang kepimpinan masyarakat, NGO, aktivis, Startup, dan usahawan sosial. Tenaga kerja tidak formal adalah kelompok pekerja yang sangat digalakkan untuk memohon.
SOALAN LAZIM TAMAT
MOHON SEKARANG!!!
maklumat lanjut, sila hubungi
0168421540
Maslinda Othman
01172625095
Vannessa Zeno